Khamis, 5 Januari 2012







berbisik ibarat dalam kelambu,
tidak ada sesiapa yang mengetahuinya,
hanya rasa yang dapat dilemparkan melalui riak wajah yang berbeza,
ibarat angin yang menghembus bertiup sepoi-sepoi bahasa,
ianya tidak dapat dilihat,
hanya dapat dirasa oleh sekujur jasad ini,

setenang-tenang air di muara,
jangan sangka tiada buaya,
begitulah pepatah melayu menyampaikan mesej dalam bentuk peribahasa,
walaupun terlihat tenang riak wajah muka manusia,
belum tentu gunung berapi akan mati,
belum tentu hujan dapat memadamkan api.

kiasan berbahasa sungguh indah,
dalam setiap ayat menyampaikan satu mesej
yang cukup istimewa,
begitu jugalah dengan si dia,
mulut kelu untuk berbicara hanya dapat dirasa,
anggota badan tidak mampu berbuat apa-apa,
hanya mampu di luahkan dengan kata-kata.

sukar untuk digambarkan jika dia tiada,
gelak ketawa,kecewa,derita dan bahagia,
ibarat matahari tidak bertemankan bulan,
pasti gela gelita dunia yang istimewa,
ku sentuh tangan ku rasa,
ku sentuh air ku rasa basah basah,
tapi ,mustahil untuk aku menyentuhnya,
HATI!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan